Uuu.. citer ni best giler..
Kaklong pun tak tau nak mula dari mana..
Cerita ni pening sikit sebab ia melibatkan wartawan, institusi gereja dan peguam.
Ada juga term yang Kaklong tak faham dan tak reti nak explain..
Kaklong citer setakat Kaklong faham je la ya..
Kalo ada silap term tu, minta maaf..
Spoiler tulisan warna biru.. Kalo belom tengok jangan baca..
Spotlight ni berdasarkan kisah benar mengenai pasukan pemberita Spotlight dari surat khabar Boston Globe yang ditugaskan untuk menyiasat kesahihan artikel mengenai paderi yang mencabul kehormatan seorang kanak-kanak.
Untuk dapatkan kesahihah, mereka perlu dapatkan dokumen sulit yang confirm takleh dapat. Maka mereka perlu dapatkan pengesahan dari mangsa..
Pencarian ini membawa mereka kepada kes pencabulan yang melibatkan 13 orang paderi pulak dah..
PAstu dorang cari mangsa lagi untuk sahkan 13 paderi ni; dan pencarian tu pula bawa mereka kepada 90 orang paderi yang sebenarnya terlibat dengan pencabulan kanak-kanak.
Ini satu berita yang sangat besar tapi para editor tau kes ni akan ditutup juga kerana gereja sangat berkuasa dalam hal yang melibatkan paderi. Ini terbukti dengan kes-kes berkaitan sejak 1985 dan semuanya terkubur macam tu sahaja malah ada yang diselesaikan secara sulit.
Maka editor minta dorang sahihkan kesemua 90 kes paderi tersebut. Instead of serang salahlaku paderi, mereka akan serang pada sistem gereja yang membenarkan (menutup kesalahan) salahlaku paderi2 terbabit.
Tiba-tiba peguam mangsa pencabulan dah buat sesuatu yang hebat tau..
Masa tengok scene ni Kaklong rasa teruja sangat.. Macam Kaklong pulak jadi wartawan tu..
Mula-mula scene tu tunjuk suasana mahkamah dan nampak sangat peguam mangsa cabul tu tengah kalah. Muka dia pun resah gelisah dan geleng2 kepala..
MAsa wartawan tu saja-saja tanya,peguam tu pun explain yang dia telah jumpa satu keratan akhbar yang berkaitan dengan pencabulan tu dan dan buat satu usul (tak berapa faham usul apa..sorry); kemudian peguam paderi tu pula buat usul yang menentang peguam mangsa cabul.
Untuk perbicaraan mahkamah, mereka perlu kepilkan dokumen sulit (yang wartawan nak mula-mula tadi) dan kini dokumen sulit tu dah terbuka kepada umum.
Peguam mangsa cabul tu tau dah dia akan kalah dalam usul, tapi bukan menang perbicaraan tu yang dia nak; dia nak dokumen sulit tu dibuka kepada awam supaya wartawan spotlight dapat akses sebagai bahan berita dorang nanti.
Nampak tak?
OMG! mana tak teruja!
OMG! mana tak teruja!
Wartawan ni juga ada jumpa para peguam untuk dapatkan nama paderi2 yang dorang bela sebelom ni, tapi mana bole dapat kan..
Rupa-rupanya kes pencabulan oleh paderi ni memang dah lama wujud dan ramai orang tahu. Malah peguam dan para mangsa dah hantar banyak maklumat kepada Boston Globe sejak bertahun-tahun lepas supaya pihak media sebarkan; namun media tak amik serius dan buat artikel kecik-kecik je..
Editor tu rasa terkesan juga dengan apa yang berlaku..
Bayangkan la dorang siasat berita ni tahun 2001; sedangkan kes pencabulan oleh 20 paderi dah pun disiarkan oleh akhbar mereka sendiri pada 1993.
Bayangkan la dorang siasat berita ni tahun 2001; sedangkan kes pencabulan oleh 20 paderi dah pun disiarkan oleh akhbar mereka sendiri pada 1993.
Akhirnya..
Akhirnya korang kena tengok sendiri..
Review:
Filem ni sangat padat dengan maklumat dan jalan cerita yang cepat..
Sekali tengok tak berapa faham sangat flow dia..
Mungkin mereka yang dalam bidang kewartawanan dan guaman mudah faham kot..
Kali kedua tengok baru nampak sikit apa sebenarnya yang terjadi..
Tak banyak aksi tapi banyak skrip..
PAda pendapat Kaklong perkara yang paling mantap dalam filem ni ialah lakonan mereka.
Tengok la siapa pelakonnya;
Michael Keaton sebagai editor Spotlight
Mark Ruffalo, Rachel McAdams, Brian d'Arcy James sebagai para wartawan
Liev Schreiber sebagai ketua editor (kot)
John Slattery sebagai ketua editor juga (kot)
Stanley Tucci sebagai peguam mangsa cabul..
Dorang semuanya favourite actor Kaklong...
Terutama sekali Stanley Tucci..
Dia tak pernah bawa watak hero, tapi macam-macam watak dia bawak dan semuanya menjadi..
Kalo sebelom ni Kaklong asyik tengok pelakon utama je, sekrang dah nampak keberkesanan pelakon watak sampingan pun sama taraf dengan pelakon utama..
Mereka cuma bawa perwatakan wartawan biasa sahaja, tapi gerak tubuh dan intonasi dorang first class. KAlo pelakon biasa-biasa, pasti tak jadi natural macam ni..
Contohnya scene mudah-mudah seperti bincang dalam ofis, bincang dalam bilik fail, bincang kat mana-mana la kan, semuanya nampak natural..
Dulu KAklong tak nampak pun semua ni, tapi lepas tengok cerita Melayu banyak2, nampak sangat perbezaan skill dorang dengan pelakon kita..
Jauh sangat..
Bukan saja lakonan dorang bagus; malah pelakon2 yang jadi mangsa tu sikit punya mantap lagi..
Sebagai mangsa yang nak ceritakan semula kisah dicabul pada zaman kanak-kanak yang jadi trauma dorang; dorang ada semcam punya gesture, dan mereka bawa dengan begitu baik sekali..
Cinematography dia nampak ringkas macam drama bersiri, namun itu yang membuatkan ia nampak real.. Plot dia pun nampak kemas dari susunannya dari satu plot ke plot yang lain..
Filem ni dapat Academy Award untuk Best Picture dan Best Original Screenplay tahun 2016..
PAstu ada banyak lagi award lain mereka rangkul..
Jangan lupa tengok.. JArang ada citer bagus macam ni..
Best punya pasal Kaklong bagi 5 stars out of 5.
Bye
Filem ni dapat Academy Award untuk Best Picture dan Best Original Screenplay tahun 2016..
PAstu ada banyak lagi award lain mereka rangkul..
Jangan lupa tengok.. JArang ada citer bagus macam ni..
Best punya pasal Kaklong bagi 5 stars out of 5.
Bye
0 comments:
Post a Comment