Review Deepwater Horizon

Hai..

Citer ni Kaklong tengok sebab Mark Wahlberg... Itu je... Haha..
Tulisan biru tu spoiler..


Deepwater Horizon ni adalah kisah yang benar-benar berlaku di Gulf of Mexico yang merupakan kes tumpahan minyak terbesar di Amerika.

Kisahnya berlaku semasa semua pekerja pelantar minyak tengah kerja macam biasa, pastu didapati dorang tak buat maintenance ke apa ntah. Pastu ketua penggali (Kurt Russel) marah-marah sebab pelantar minyak tu dah banyak benda tak berfungsi dengan baik. Kalo biar nanti boleh membahayakan keselamatan semua orang.

Ketua penggali minta kebenaran pihak BP untuk buat pressure test (kot nama dia. Ntah la, Kaklong tak berapa faham term dia). BP macam buat tak endah je.. PAstu gaduh-gaduh juga la dalam ofis tu..

Masa buat pressure test tu didapati result dia pelik sikit tak tally..
Pastu buat sekali lagi tak tally juga..
Rupa-rupanya minyak yang dalam tanah tu tengahnak memancut keluar, tu yang result lain macam je tu..

LAst-last minyak tu terpancut dan gas tu keluar sekali..
Sikit je panas dan percikan api membuatkan pelantar minyak tu meletup.
Semua pekerja berusaha menyelamatkan diri..

Pelakon utamanya Mark Wahlberg, Kurt Russell, John Malkovich dan beberapa orang lagi..

Review:

Pendapat peribadi Kaklong citer ni biasa-biasa je..
Perasaan cemas yang ditonjolkan pun biasa-biasa je..
Kaklong tak rasa cemas sangat..
Terkejut dan cemas cuma dirasai ketika minyak memancut dan berlaku letupan..

Kamera angle aka shoot dia tak memuaskan..
Banyak shaky dan kelam kabut sampai mata kita tak tau nak tengok apa..
Ala-ala macam citer Magnificent 7 haritu..
Tak tau la kot2 tu gaya terbaru shooting ke apa..

Cerita tu pun cuma ada warna hitam dan warna api...
Ditambah lagi dengan kamera yang huyung hayang dan shaky..
Pening kepala tengok..

Faham, dia nak tunjuk aksi kelam kabut..
Mungkin kalo tengok kat tv ok kot sebab skrin kecik..
Bila tengok kat wayang, penat la juga..
Mata duk melilau nak tengok apa pun tak tau,..
Cuma ada hitam dah api 2/3 dari cerita..
Last-last lelap la dulu..

Tapi tak lelap pun.. Rugi la lelap.. Mark Wahlberg tuuu...

LAkonan taknak komen banyak..
Terbaik..
Mark pun tak overdo..
Dia kan jenis hero yang buat aksi lasak..
Dalam citer ni dia tak tunjuk lasak sangat, nampak biasa-biasa je tapi berani masuk semula ke dalam nak selamatkan orang yang tertinggal..
Takde melebih-lebih tunjuk hero..
Tu yang Kaklong suka sangat kat dia ni (selain kacak sangat)

Watak-watak dalam cerita ni pun tak susah sangat nak dilakonkan keranan hanya perlu tunjuk emosi panik..Tak banyak fokus pada perubahan mimik muka dan gesture..
Kamera yang shaky tu pun sangat banyak membantu supaya detail2 riak muka para pelakon tak ketara sangat..

Memandangkan ia kisah benar, maka tak bole nak lebih-lebih sangat..
Ia macam satu bentuk dokumentari juga,,

Rasanya Discovery Channel atau History Channel bole buat dokumentari yang lebih mendebarkan berbanding cerita ni..
Walau bagaimanapun filem ni sesuai utk target audience yang tak suka tengok dokumentari..
At least dapat tau juga sejarah..

Kaklong pun tak pernah tau pun pernah ada oil spill ni...
Yang Kaklong tau tetibe stesen minyak BP dah lenyap..
Pasal apa, tak tau..

Memandangkan citer ni okay okay je, Kaklong bagi 3.5 star out of 5 .

Bye

<script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-7165141836234367"
     data-ad-slot="5255215471"></ins>
<script>
     (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>

0 comments:

Powered by Blogger.

My Instagram