Review Filem XX-Ray 3


Baru tengok XXRay 3 kat iflix.

Jalan cerita bagus, cuma garapannya simple, skrip pun simple macam tonton budget movie.

Lakonan pelakon utama dan sidekick dia bagus. Penjahat utama pun bagus. Tapi heroin kaku rasa cam nak crop je dia keluar dari filem. Okay lagi lakonan heroin kedua tu walaupun muka stress je manjang.

Bila dorang sampai Jordan rasa nak stop tengok sebab cam boring je, tapi tengok la juga sebab nak tahu kesudahannya.

Bila 'dia' muncul baru dapat rasa roh filem ni. Baru nampak best. Mungkin kerana pengalaman, lakonan dia begitu bersahaja berbanding pelakon utama yg lain. Body gesture dan lontaran dialog pun menunjukkan dia menghayati cerita ni berbanding pelakon lain yang nampak sangat hafal skrip dan tak cukup jiwa.

Ada reviewer tak suka ending dia.
Tapi kaklong suka ending macam tu.
Nama pun science fiction, memang la fiksyen je pun.
Yang penting mesej yang nak disampaikan melalui ending tu.
Diharap korang faham mesejnya.

Harap² ada XXray 4 pula pasni.

0 comments:

Powered by Blogger.

My Instagram