Review King Arthur Legend of the Sword

Salam..

Tak rancang pun nak tengok wayang, ntah macam mana kaki ni pi masuk pawagam.
Filem yang paling dekat waktu tayangannya pada ketika itu ialah Alien dan King Arthur.

Akhirnya kitorang pilih King Arthur..
Cam biasa spoiler tulisan pink

King Arthur

Sinopsis:

Ia mengisahkan anak raja yang dibesarkan tanpa mengetahui bahawa dia tu anak raja.
Bila dah dewasa barulah dia tau siapa sebenarnya diri dia lalu mengambil keputusan untuk....

Jeng jeng jeng...

Okay kat bawah ni sinopsis yang penuh spoiler.

Kisahnya bermula dengan adik raja telah membuat rampasan kuasa. Demi memelihara waris, negara dan kuasa, anak raja telah dihanyutkan ke sungai lalu dibesarkan sebagai rakyat marhaen.
Setelah dia dewasa, tetibe air laut menjadi surut dan mendedahkan pedang keramat milik raja yang hilang pada hari rampasan kuasa tersebut, terpacak kat seketul batu, namun tiada seorang pun mampu menarik keluar pedang tersebut. Adik raja (yang kini menjadi raja) tau hanya anak saudaranya yang hilang tu je yang mampu menarik keluar pedang tu lalu dipanggil semua pemuda di seluruh negara datang untuk cuba tarik. Tanpa mengetahui tujuan dia ke sana, Arthur ni pun berjaya tarik pedang tu lalu dibawa ke istana untuk dibunuh di hadapan rakyat jelata. Tiba-tiba muncul sekumpulan manusia menyelamatkannya dari hukuman tersebut dan dibawa jumpa ketua pemberontak. Mereka ajak Arthur merampas semula takhta, namun beliau menolak sebab tak berminat dengan semua ni. Malangnya keluarga dan kawan-kawannya dibunuh dan rumah mereka dibakar. Ini menaikkan darah beliau dan akhirnya bersetuju. Dalam proses itu, makin ramai kawan-kawannya mati dan Arthur tak mahu lagi beban ni lalu dibuangnya pedang tu ke dalam laut. Namun, siapalah dia yang menidakkan takdir (cewah, ayat); pedang tu kembali mencari beliau dan tak semena-menan ingatannya pada hari rampasan kuasa (masa dia kanak-kanak) tu kembali. Akhirnya Arthur amik keputusan untuk terima takdir yang telah ditulis buatnya.
Apakahyang berlaku seterusnya? Dapatkan Arthur merampas kembali takhta yang dirampas oleh ayahnya pada suatu keyika dulu? Apakah kesudahan nasib raja?
Sila tengok.. Hehe..

Review:

Pada Kaklong citer ni best.
Visual dia cantik dan cinematograph dia pun cantek sangat..
Dari permulaan cerita, plot dan sudut visual dibuat dengan teliti..
Emosi yang ditonjolkan oleh para pelakon blended well dengan audio sound dan music..
Memang cantik hasil filem ni..

Walaupun nampak macam perang dan lawan-lawan; unsur drama dan kasih sayang juga diskripkan dengan baik.
Bagi korang yang suka aksi semata mungkin rasa sedikit boring pada awalnya.
Scene perbualan agak cepat, tapi scene yang tak berbual slow sikit.
Sempat la Kaklong berangan pakai baju cantek2 pada zaman tersebut, duduk comel-comel dalam istana..

Kaklong suka sangat masa dia fast forwardkan kisah Arthur tu dari kanak-kanak hingga dewasa.
Ditunjukkan rutin beliau dari kecik hingga dewasa dengan cara yang menarik.
Teringat kat drama Sherlock Holmes.
Pengarah yang sama rupanya. :D

Namun begitu, rasa sedikit kecewa masa kat hujung-hujung cerita..
Kualitinya tak sama macam awal-awal cerita.
Macam nak cepat bagi habis je.
Maksud Kaklong kualiti lakon layarnya yang kurang sikit..
Kualiti visualnya maintain cun dari awal hingga akhir cerita..

Aksi lawan dia masa last part tu kan, nampak simple sangat..
Macam "eh? Macam tu je ke?"
Rasa cam tak berapa nak puas hati la..
Time awal-awal kisah dia dari kanak-kanak sehingga dewasa; kisah pembentukan karakter dia dibuat dengan teliti.. Tapi hujung dia gitu je?

Lepas tu scene last masa mereka buat upacara perlantikan tu pun nampak cincai je..
Rasa tak kena je.
Macam Kaklong cakap tadi la; macam nak bagi cepat abes sebab dan over run.
Haha

Semalam Kaklong ada terbaca yang durasi filem ni asalnya 3 jam setengah.
Namun mereka dah potong / pendekkan menjadi 2 jam..
Kaklong cuba cari balik untuk confirmkan fakta ni, tapi dah tak jumpa pulak.
Kalo betul la filem ni dipendekkan; munasabah la hujung-hujung tu macam cepat sangat..
Tak sempat Kaklong nak feel..
Ceh, feel tuuu..

Dari segi lakonan, takde apa nak komplen.
Pelakon-pelakonnya juga hebat-hebat.

Penjahat dilakonkan oleh Jude Law, bapa King Arthur tu Eric Bana.
Pemanah aka Sharp shooter pula the gojes AIdan Gillen.
Yang jadi Morgana dalam filem Merlin tu pun ada.
Pastu David Bekham pun ada tau..
Awalaupun ada yang cakap lakonan dia macam "stone" tapi Kaklong tengok okay je..
Takde la teruk sangat.

Dikatakan kutipan filem ni tak memberangsangkan (dia tulis flop).
Bagi Kaklong bagus je citer ni..
Takde la sampai tahap nak keluar panggung..
Enjoy dari awal.. Mungkin hujung tu je kureng sikit..
Namun takde la sampai kecewa..

Mungkin pelakon utama tu kurang berjaya buat orang nak beli tiket.
Cuba amik Tom Hardy tak pun Fattah Amin..
Confirm full house! Haha..

Okay la..
King Arthur punya pasal Kaklong bagi 7/10 ⚔

Wassalam..

0 comments:

Powered by Blogger.

My Instagram