Review Filem : masterminds

Hai..

Dah tengok filem Masterminds?
Meh Kaklong review.. Cam biasa tulisan pink tu spoiler, pelase jangan baca kalo plan nak tengok....


Citer ni berdasarkan rompakan yang benar-benar berlaku di North Carolina pada tahun 1997.
Kisahnya bermula dengan David yang berkerja dengan Loomis Fargo (syarikat security yang hantar duit ke bank) ni jatuh hati kat co-worker dia, Kelly sorang wanita yang jelita giler. Selepas Kelly diberhentikan kerja, kawan dia Steve suruh Kelly ajak David mencuri wang yang disimpan oleh syarikat dia bekerja tu. David setuju dan dia pun pi curi. 

Setelah berjaya curi sebanyak 17juta, duit tu semua Steve pegang dan dia bagi David 50 ribu untuk lari ke luar negara. Pastu Steve berseronok dengan duit juta-juta tu dan bagitau polis tentang David. David geram dan suruh Steve bagi bahagian dia, kalo tak akan serah diri kat polis dan sebut pasal Steve. Takot punya pasal Steve upah pembunuh upahan gila pegi bunuh David. Selepas berhempas pulas pembunuh tu berjaya tangkap David dan nyaris-nyaris nak bunuh, tapi tak jadi nak bunuh. Kenapa? Atas satu sebab yang pelik tapi itulah yang berlaku dalam filem ni.. XD.

PAstu.. Hehe,, Kene la tengok sendiri..

Review:

Cerita ni banyak fokus pada skrip kelakar dan kelakuan yang di luar normal.
Terutama watak David yang lurus bendul dan cemerkap..
Unsur kelakar tu bukan sahaja kelakar dari watak utama, watak sampingan pun kelakar giler..
Ada beberapa plot twist yang tak disangka dan tak masuk akal..
Tapi tu la komedi kan..
Citer komedi apa2 pun bole jadi..

Banyak juga elemen suspense diselitkan berselang seli dengan elemen komedi, membuatkan emosi penonton bercampur baur..
Kejap2 gelak, kejap2 terkejut, kejap2 panik, pastu gelak pulak..
Release tensen lepas tengok citer ni..

Lakonan takde apa nak komen..
Semua deliver skrip lawak dengan begitu baik dan bersahaja..
Termasuk la pembunuh upahan tu..
Ntah hape2 je pembunuh upahan macam tu.. XD

KAklong dapat tau pelakon utama asal yang terpilih ialah Jim Carey, pastu tak jadi dorang amik 
Zach Galifianakis.
Namun watak tu sesuai dibawa oleh Zach..
Nampak macam dia dah.. XD

Filem ni hanya untuk tontonan 18sx tahun ke atas dan tak sesuai ditonton oleh budak-budak sekolah.
Pegawai tiket tu siap warning kitorang lagi sebelom beri tiket, "filem ni kanak2 tak boleh tonton ya kak sebab ia 18sx". 
Walaupun dia nampak kami berdua beli dua tiket yang akan keudara 5 minit lagi, dia tetap beri peringatan atas tanggungjawab sosial. 
Mungkin dia ada adik atau anak dan tak tergamak nak bagi dorang tengok..
Terima kasih atas peringatan tu
Jadi jangan pegi donlod pastu ajak anak tengok okay..
Kesian kat anak tu nanti..

Dalam wayang haritu ada 4 orang je tau, dan Kaklong sorang je perempuan..
Kitorang pergi weekday sebelom pukul 12tghari, sebab tu takde orang.
Tiket RM10 je..
Banyak juga perkataan 18sx dalam skrip dan buat Kaklong rasa segan bila lawak 18sx dilontarkan..
Tapi tu la, citer omputih memang gitu..

Kelakar punya pasal Kaklong bagi 3.5 bintang out of 5

Bye

0 comments:

Powered by Blogger.

My Instagram