Review Magnificent Seven 2016

Hai.

Kaklong dah tengok filem Magnificient Seven. 
Tulisan warna pink tu spoiler tau..
Yang belom tengok dinasihatkan jangan baca..


Sinopsis:

Cerita ni berlatarbelakangkan zaman koboi kat wild west..
Kisahnya, satu kampung ni kerja harian nya melombong emas..
Kemudian muncul orang kaya bolot kawasan tersebut dan sekat rezeki dorang ni..
Dorang nak melawan tapi tak berani, sape lawan kene bunuh..

Pastu muncul sorang bounty hunter yang kacak rupawan ni, lalu salah sorang orang kampung tu nak upah dia bunuh orang kaya tu..
Fikir punya fikir, bounty hunter ni pun setuju dan mula recruit orang2 hebat untuk pegi bunuh orang jahat yang menganiaya orang kampung tersebut.

Filem Magnificent Seven ni sebenarnya remake bagi filem tajuk yang sama pada tahun 1960.


Patut la macam pernah dengar je nama tu..

Rasanya ibu yang sebut kot..
Ibu je yang suka citer koboi dan citer kungfu cina..

Ayah lebih suka lagu lagu..

Jom tengok beza hero-hero dia.


Obvious la hero baru nampak lebih hero..
Hero lama ni macam farmer je..

Eh, jangan pandang rendah tau.. 
Kalo tak best takkan dorang buat remake..
Logik tak? Logik tak?

Kaklong nak cari la citer lama ni.. NAk tengok dan banding...
Patut la lagu dia macam biasa dengar je..
Ntah-ntah pernah tengok banyak kali dah dulu..

Filem lama ni pula ialah remake bagi filem Jepun tau..
Tajuknya Seven Samurai.

Uuuu.. lawa..

Ni poster asal dia..

Review:

Pada pendapat Kaklong citer ni bagus macam biasa..
Scene memperkenalkan watak utama satu persatu yang bagus seperti biasa..
Scene tembak menembak yang bagus seperti biasa..

Maksud Kaklong citer ni bagus, cuma dah biasa tengok bagus macam tu..
Takde apa-apa yang kelainan..

Banyak babak bunuh orang secara tiba-tiba yang buat Kaklong terkejut..
Itu la satu-satunya kelainan dia..

Element utama dalam cerita ni ialah visual aksi tembak menembak..
Bole kata separuh cerita aksi tembak menembak serta lawan-lawan; dan separuh lagi jalan cerita..

Awal cerita bagus pergerakan plot dia..
Masuk tengah-tengah tu dah sedikit dredging..
Sampai Kaklong pun rasa nak lelap dan termengelamun kerana takde pergerakan plot selain training dan lawan..
Dan tembak menembak yang tak berkesudahan..

Ia mengingatkan Kaklong kepada cerita Transformer (yang Shia LaBeouf berlakon tu) dan Expandables 2 & 3 dimana aksi yang banyak sangat buat Kaklong terlelap dalam wayang..
Aksi tu memang menarik...
Tapi kelam kabut tu buat kita tak tau nak tengok apa..
Cuma nampak kalut je..

Berbeza dengan aksi Jackie Chan (zaman muda) , Kamen Rider, Bourne Identity, Mission Impossible  yang mana aksi lawan dia tu kita nampak apa yang berlaku dan turut sama rasa cemas..

Magnificent Seven ni, muka dan aksi ketujuh-tujuh mereka tu mereka tu memang konfiden giler bole menang, macam invincible sangat.. 
Sikit pun muka dorang tak takut, tak cemas, tak risau, bertenang 24 jam..

Bila dorang tak risau, kita yang tengok ni pun tak risau la kan..
JAdi bole la tido kejap sementara dorang abeskan tembak tembak tu...
Haha.. Teruknya aku...

Tak ada banyak emosi dalam cerita ni..
CUma nampak perempuan tu je yang risau..
Yang tujuh orang lagi tu sikit pun takde perasaan..
Ye la, kerja bunuh orang, takkan ada perasaan pula..
Cemas tu tak berapa nak rasa kerana yang nampak cuma kelam kabut je masa tembak-tembak..

Skrip yang dihasilkan ada unsur humor..
Da setiap watak ada personaliti masing-masing..

Scene perang dia pula mengingatkan Kaklong citer Oz The Great and Powerful lakonan James Franco dimana orang kampung bekerjasama buat perangkap..

Apapun, ada juga element cemas dan tak dijangka oleh pihak baik dan pihak jahat tersebut yang buat kita saspen..

Satu scene tu Kaklong langsung tak jangka tau..
Masa dia nak pegi bom orang jahat tu..
Memang hero sejati la dia time tu..
Terbaekkkkk!

Pada pandangan peribadi Kaklong, kualiti macam ni tak perlu pun buat remake.
Visual tu memang tak disangkal kualitinya..
Tapi jalan cerita yang predictable dan takde beza dengan citer koboi lain, buat rasa macam wasted sikit..
Wasted pegi tengok wayang dan wasted masa 2 jam dalam wayang..

Kaklong pun beria-ia nak tengok sebab Denzell Washington dan Chriss Pratt..
Lepas tengok rasa cam pasni taknak tengok wayang dah la...
Baek tengok kat Astro je tahun depan..
Tak puas hati dengan jumlah wang yang dibelanjakan..

Tak tau la apa jadi sekarang ni, seme benda pun remake..
Takde kreativiti dah ke..?
Memang la kutipan juta2 pada first week ditayangkan..
Sebab apa?
Sebab remake..
Semua orang nak tengok sama ada best atau tak..

Kalo nak remake better buat Magnificent Seven zaman sekarang, dimana mereka naik bike..
Kalo remake 1960 bole ubahsuai dari samurai menjadi koboi, kenapa kita tak ubahsuai koboi jadi bikers.
Itu pendapat je..

Apapun citer ni takde la mengecewakan sangat..
Lakonan kesemua tujuh hero dan orang kampung tu hebat-hebat belaka..

The best actor pula goes to orang jahat yang nak bolot emas tu..
Sebab muka dia tu nampak macam sakit jiwa tapi control gentleman..
Salute kat dia..

Oleh itu Kaklong bagi 3.5 out of 5 stars

Bye
<script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-7165141836234367"
     data-ad-slot="5255215471"></ins>
<script>
     (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>

0 comments:

Powered by Blogger.

My Instagram